Assalamualaikum readers
sekalian :-)
Alhamdullilah saye
sempat viva bulan lepas pada 14 hb Ogos 2014 (9.30 am-1pm). Viva tu bukan kereta perodua tu ea. Viva (pronounce as vaiva) bermaksud pembentangan akhir projek. Iye, korang kene bentangkan projek yang 2-3 tahun ni dalam mase lebih kurang 3 jam. So, time saye viva kene 3 jam jugak
la nak berdebat untuk mempertahankan result dan discussion saye nih.
Penghawa dingin yang duduk depan saya pon masih terasa bahang time tu. Tipu la
saye tak cuak kan…? 3 hari sebelum viva hati nih macam tak tenang semacam. Bulu
roma nih rase meremang sampai ke tengkuk. Hanya Allah sahaja la yang tahu. So, here is tips untuk mudah viva, harap dapat membantu :-
1) Bace tesis dulu
3 malam bertungkus
lumus bace semula tesis yang tebal tu… 230 muka surat. Better bace awal, saye ni awal-awal malas nak bace. Cuak pulak buat tesis
tebal-tebal ni. Pastikan korang tahu ape yang korang tulis. Kalau korang pon tak paham, cube bayangkan internal dan external korang tu paham ke tidak. Pastikan korang paham setiap proses, mekanisme, method, dan teori ade dah dalam kepala korang.
2) Bace doa penerang hati
Malam sebelum
viva, tak boleh tido…serius rase jantung nak tercabut. Mulut ni tak lepas baca
ayat ni… korang boleh amalkan. Sangat mujarab… mase time viva hilang terus rase berdebar tu, dengan yakin dan berani kite boleh menjawab soalan-soalan killer mereka. Tak tipu ni... :-)
Pukul 6.30 am
bersiap-siap, En kesyangan saye hantar
ke bilik IPS. Bersungguh-sungguh hantar ni… Terharu pula rasenyer... Ok, ngam-ngam time nk viva tu sempat bace 95%. Harap-harap 5% lagi internal dengan external tak tanye laaa… hahhaha. Sepatutnyer viva start pukul 9.30 am... mujurlah pengerusi lambat datang, start viva sharp pukul 10 pagi.
Ini la Internal examiner (Prof Dr. Zulkifli Yaacob) and
External (Prof Ir Dr Sobri Takriff- UKM)
3) Slide yang ringkas
Ye, slide presentation buat simple-simple aje. Tidak perlu
detail sangat nak citer semua sebab internal/external korang dah bace pon tesis
korang. Kalau diaorang tak paham, boleh tanye time Q & A session.
Peruntukan 20-25 minit sahaja presentation, saye buat 25 slide termasuk thank
you. So, skrip presentation ini option... kalau rase dah power, korang boleh
bercakap dengan yakin.. silakan. Mane yang rase tak berapa nak yakin, takut
tergagap-gagap nak cakap ape...better korang sediakan skrip awal-awal. Time viva
bace je.. boleh mengurangkan stress dan gelabah anda.
4) Air mineral
Mase viva tu, pihak IPS dah sediakan dah air mineral tuk
korang minum. Prepare je 1 botol air mineral... mane la tahu diaorang lupe ke.
Sebelum viva minum air mineral 2-3 teguk dan berselawat. Supaya mase viva tu
keluar suara yang terpendam tu. Tak de la suara serak-serak macam Ella...
5) Semasa Q & A
Ini adalah waktu-waktu kritikal di mana semua teori dan
pemahaman anda di uji. Wah, ini la yang paling digeruni oleh postgraduate
student. Masa inilah mereka boleh menentukan yang korang ni Major correction or
Minor correction. Minor ni sikit je la nak kene baiki. Major pulak... kire kene
repeat semula eksperiment dan banyak bende nak kene baiki dalam tesis. So,
sebab itu korang kene defend ape yang korang dah buat selama 2-3 tahun ini. Ade
jugak soalan yang tidak dapat nak dijawab, try untuk jawab. Kebiasaannyer
supervisor yang tolong jawabkan. Ade la 1-2 soalan tu yang susah sikit..
Alhamdullillah ade jugak sv membantu.
Soalan lazim yang ditanya oleh examiner:-
1) Kenapa kita pilih range parameter ini? --> Saya jawab
ikut jurnal. Haa..ni korang listkan siap-siap dalam table. Kite buat summary
dari previous work..ikut jurnal.
2) Dalam graph tunjuk menurun, tapi awak mention di sini
menaik? --> ni kalau result korang kantoi la.
3) Explain equation
4) Untuk design expert:-
a) Mcam mana nak tentukan model ini
significant ke tidak?
Kesimpulan di sini, yakinlah dengan ape yang kite buat.
Defend dengan berhemah, relex, dan senyum itu penting. Mane yang dapat internal
busy, sabar je la... harap-harap saye sempat nak konvo. Sedang menanti
keputusan dari internal. Semoga internal saye sempat bagi sebelum 10/9 ni.
Aminn..
Ok, readers... Harap tips ini dapat membantu anda. Take
Care!!
Thank You For Support Me
Regards
Mrs Liyana
maaf bertanya. Ini tesis ijazah ke. saya tengah mencari bilangan m/s sampel jurnal atau tesis di internet. saya tengok kebanyakan dalam 20 m/s je. tahu tak kat mane kita boleh dapat full jurnal sekali dengan questionnaire?thanks
ReplyDeletemaaf bertanya. Ini tesis ijazah ke. saya tengah mencari bilangan m/s sampel jurnal atau tesis di internet. saya tengok kebanyakan dalam 20 m/s je. tahu tak kat mane kita boleh dapat full jurnal sekali dengan questionnaire?thanks
ReplyDeletelibrary
ReplyDeleteTerima kasih share. Tengah berdebar nak viva InsyaAllah end of this month..
ReplyDeleteDah 2020, but i'm still enjoy reading this :)
ReplyDelete