Wednesday, 2 July 2014

Runtuhan tanah di persimpangan empat Jalan Imbi

Assalamualaikum, :-)

Hari ni hari ke-5 kite berpuasa, more days need to go. Wah, ade yang dah beli baju raye... kasut raye, brooch macam-macam design. Tudung? Beratus-ratus.. siap bermalam dikaki lima lagi. Opsss... Tak perlu kot nak tido bagai depan kedai. Hebat betol penangan tudung Fareeda sekarang. Anyway, mase nak raye ni, ladies...  please bersederhana ok? Memang tidak dinafikan perempuan bab-bab raye, lelaki pon susah nak halang. Sebab perempuan nak yang terbaik untuk family mereka. Tapi berpada-pada laa, kesian duit laki hang kering. :-)

Yeah... slide presentation viva dah nak siap. Tinggal part discussion yang nak kene buat. Semoga minggu ini dapat siap dengan sempurna. Tarikh entah bile nak kuar, sabar je la... harap-harap bulan puasa ini dipermudahkan cerita saye. Doakan saye ye readers sekalian. Berdebar tu of course la... semua orang akan rase bende yang same bila nak viva. Tipu la cakap "aku ok jek..." muke macam menahan tipuan itu. Hahahhaa... Dalam hati Allah je yang tahu. InsyaAllah, segalanya berjalan lancar. Aminnnnn....

Ok, semalam saye ade dengar berita berkaitan dengan runtuhan tanah di persimpangan empat Jalan Imbi. Terkejut jugak,  harap tiada sebarang kecederaan orang awam kat sane. Di fahamkan terowong bawah tanah itu dibina untuk kemudahan orang yang datang dari arah Jalan Pudu, manakala mereka yang datang dari Jalan Imbi boleh melalui jalan biasa. Officially pembinaan itu tidak siap sepenuhnya... Nasib baik runtuh sekarang. Kalau runtuh time orang dah gune...macam mane???





Ini keadaan jalan tersebut. Teruk jugak la runtuhan ni

Dah sah-sah KL ni sentiasa sesak, kalau runtuh macam ni lagi bersesak-sesak nampak gayenyer. Oh, nasib baik saye tak duduk kat KL, kalau tak migrain selalu. Huhuhuuu. Disebabkan kejadian ini perkhidmatan KL Monorial dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi diberhentikan untuk keselamatan orang awam. 

(Sumber: Oh! Media)


Photo: Rakyat Malaysia bab gini memang kreatif kan? Haha. Anyway kalau tak tahu apa cerita, kami ada laporkan tentang kejadian di Jalan Imbi ini awal pagi semalam di http://www.ohmedia.my/2014/07/tanah-runtuh-simpang-empat-jalan-imbi.html. Anyway selamat bersahur semua!

Photo: Orang Malaysia memang kreatif bab-bab gini.

Sempat lagi orang ber "troll" disini. Orang Malaysia memang kretif 

Ok, diharap orang awam khasnyer yang melalui jalan ni...berhati-hati ok? Punca kejadian masih di dalam siasatan. Kesian, susah orang KL nak pergi kerja... nak pergi bazaar ramadan lagi. Semoga dipermudahkan bagi mereka. 

Till then readers, see you on next post. Take care ok... 

Thank You For Support Me

Best Regards
-Mrs Liyana-


No comments:

Post a Comment