Tuesday, 8 July 2014

Villa oh Villa

Assalamualaikum semua... :-)

Wah, dah lame rupenyer tak pot-pet dalam blog I. Hahaha... busy weh, rase bulan ni tak teratur sikit jadual harian. Korang puasa tak hari ni?... Minggu ni saye masak kat rumah, sebab En Kesayang pon busy nak menulis tesis dia. Muke jangan kate la, stress memanjang. Memandangkan beliau begitu, saye masak bagi die bersemangat nak menulis. Bila menulis jek, termenung tengok tesis nyer. Bila berbuka, bersemangat nak menambah. :-)   Haaa, bukan senang nak mengarang ni, lagi-lagi tesis... Itulah cabaran yang perlu kite lalui sebagai postgraduate student. 

So, tajuk entry hari ni.. Saye yakin ramai yang minat dan ingin memiliki sebuah Villa. Wah, Villa kau... kelas gitu! Saye pernah la jumpe sorang manusia ni tahun lepas, dia ni bersungguh-sungguh ajak beraya datang rumah. Dan bila kami tanya rumah dekat mana... dia mention "Villa". Wow... kau nak bagitau semua orang yang kau ade Villa la sekarang ni??? Saye tak tahu la ape yang korang rase bila orang cakap macam tu kan... tapi bagi saye, tak perlu kot nak bagitau macam riak bagai... hahaha. Tak ape la, kami pon ok kan je la.. kasi layan..

Then, kitaorang pergi la Villa yang dikatakan tu... Rumah beliau berada di dalam ladang kelapa sawit. Ok, rumah tu seperti rumah yang kite tambah. Alaaa, kan kalau kite ade duit, kite tambah laa sikit-sikit...lama-lama jadi la "Villa"? Ye, memang betol dah lebih 6 bilik diaorg sebut la Villa. Dalam hati, "Ini ke Villa nyer? Biar betol.." Korang pulak pikir Villa tu macam mane? Rumah beliau bukan lah seperti yang digambarkan... sorry, tak ade picture "Villa ladang kelapa sawit" tu.. yang picture bawah ini The Real Villa ok... :-)




This is what I call Villa :-)

See... Villa adalah kediaman yang indah, mewah, dan of course laaa cantekkk... :-)   Ade swimming pool lagi dan ade lot tanah yang luas. Setakat tambah-menambah rumah tu, ruang bilik macam bilik stor... tak payah la nak mention Villa. So, readers kat luar sane... ade sezarah pon perasaan riak dalam hati ni tetap berdosa ye. So, please jaga tutur kata kita, biarlah kite ni nampak merendah diri daripada nampak kita riak takbur pula. Tak salah pon nak ajak beraya kat "Villa ladang kelapa sawit", cuma tak perlu kot mention macam tu, buat orang senyum-senyum kambing je bile tengok villa tu. Erm, yela... kalau nak show off kat kitaorg, kami ok jek. Tak tahu la orang lain pikir ape... :-)

Ok readers sekalian, jumpa lagi. Take Care ok.. !

Thank You For Support Me

Regards
-Mrs Liyana-

Wednesday, 2 July 2014

Runtuhan tanah di persimpangan empat Jalan Imbi

Assalamualaikum, :-)

Hari ni hari ke-5 kite berpuasa, more days need to go. Wah, ade yang dah beli baju raye... kasut raye, brooch macam-macam design. Tudung? Beratus-ratus.. siap bermalam dikaki lima lagi. Opsss... Tak perlu kot nak tido bagai depan kedai. Hebat betol penangan tudung Fareeda sekarang. Anyway, mase nak raye ni, ladies...  please bersederhana ok? Memang tidak dinafikan perempuan bab-bab raye, lelaki pon susah nak halang. Sebab perempuan nak yang terbaik untuk family mereka. Tapi berpada-pada laa, kesian duit laki hang kering. :-)

Yeah... slide presentation viva dah nak siap. Tinggal part discussion yang nak kene buat. Semoga minggu ini dapat siap dengan sempurna. Tarikh entah bile nak kuar, sabar je la... harap-harap bulan puasa ini dipermudahkan cerita saye. Doakan saye ye readers sekalian. Berdebar tu of course la... semua orang akan rase bende yang same bila nak viva. Tipu la cakap "aku ok jek..." muke macam menahan tipuan itu. Hahahhaa... Dalam hati Allah je yang tahu. InsyaAllah, segalanya berjalan lancar. Aminnnnn....

Ok, semalam saye ade dengar berita berkaitan dengan runtuhan tanah di persimpangan empat Jalan Imbi. Terkejut jugak,  harap tiada sebarang kecederaan orang awam kat sane. Di fahamkan terowong bawah tanah itu dibina untuk kemudahan orang yang datang dari arah Jalan Pudu, manakala mereka yang datang dari Jalan Imbi boleh melalui jalan biasa. Officially pembinaan itu tidak siap sepenuhnya... Nasib baik runtuh sekarang. Kalau runtuh time orang dah gune...macam mane???





Ini keadaan jalan tersebut. Teruk jugak la runtuhan ni

Dah sah-sah KL ni sentiasa sesak, kalau runtuh macam ni lagi bersesak-sesak nampak gayenyer. Oh, nasib baik saye tak duduk kat KL, kalau tak migrain selalu. Huhuhuuu. Disebabkan kejadian ini perkhidmatan KL Monorial dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi diberhentikan untuk keselamatan orang awam. 

(Sumber: Oh! Media)


Photo: Rakyat Malaysia bab gini memang kreatif kan? Haha. Anyway kalau tak tahu apa cerita, kami ada laporkan tentang kejadian di Jalan Imbi ini awal pagi semalam di http://www.ohmedia.my/2014/07/tanah-runtuh-simpang-empat-jalan-imbi.html. Anyway selamat bersahur semua!

Photo: Orang Malaysia memang kreatif bab-bab gini.

Sempat lagi orang ber "troll" disini. Orang Malaysia memang kretif 

Ok, diharap orang awam khasnyer yang melalui jalan ni...berhati-hati ok? Punca kejadian masih di dalam siasatan. Kesian, susah orang KL nak pergi kerja... nak pergi bazaar ramadan lagi. Semoga dipermudahkan bagi mereka. 

Till then readers, see you on next post. Take care ok... 

Thank You For Support Me

Best Regards
-Mrs Liyana-


Tuesday, 1 July 2014

Homeless Musician Bersama Kucingnyer yang Gebu dan Comel

Assalamualaikum and Happy Wednesday :-)

Ape kabar...anda-anda di sana? Alhamdulillah, hari ni saye berjaya bangun sahur... harap nyer kekal sampai habis ramadan ni. Huhuhu... ingat senang nak bangun sahur? Pukl 4 pagi dah bangun masakkan untuk suami, kalau dulu bujang... minum air milo cicah roti kosong pun dah cukup. Hahaha..

So, hari ni ape ye nak share dengan korang...? Ok, kenal tak James Bowen? Hah, tak kenal? Betol tak kenal ni... saye pon tak kenal, baru je kenal beliau. Hahaha.. Ade member share dalam fesbuk berkenaan beliau ni yang sentiasa bersama kucing nyer yang sangat la comel dan gebu... bernama Bob the red cat. Saye suke kucing... korang suke tak? Hahaha... dalam fesbuk saye ni penuh like page kucing. :-)



Ini la dia James Bowen dan Bob si kucing gebu... :-)

So, sape mereka ni? James Bowen adalah seorang penyanyi jalanan dan mengikut sumber beliau ni homeless musician. The interesting here is... mereka berjaya mengeluarkan sebuah buku bertajuk " A Street Cat Named Bob" di mana buku ini mengisahkan kehidupan mereka. Wow... so dalam buku ni James ada menceritakan bagaimana beliau berjumpe Bob The Red Cat. Lebih 250,000 buah buku yang berjaya dijual dan berjaya diterjemah kepada 18 jenis bahasa. Selain itu ade agent yang berminat nak buat filem pasal mereka. 

 
Ini la buku yang berjaya James keluarkan.. alololo... sempat berposing tu :-)

Cool cat: James Bowen and Bob the cat's enchanting story has made him a bestseller

Gebu nyer la kucing dier... bagi fiskies ke ni?

So, ini summary yang dapat saye kongsikan kepada anda:-

Pada satu hari di keretapi bawah tanah, James melihat kucing (Bob the red cat) yang kakinya terluka mungkin disebabkan si Bob ni bergaduh dengan kucing lain. So, James ambil kucing ni dan di bawa ke doktor haiwan, and finally Bob sembuh. Lepas sembuh, James ni tak sampai hati la nak tinggalkan Bob ni sebab kucing ni asyik ikut je ke mana James pergi. James memang berminat bermain gitar di jalanan dan Bob mesti duduk dekat dengan beliau, and guest what? Pendapatan mereka meningkat mendadak... Then James menulis sebuah buku yang menerangkan pengembaraan mereka di jalanan. Di dalam buku ini James ada mengatakan bahawa beliau tidak dapat membayangkan bagaimana kehadiran Bob dapat mengubah hidupnya. 

Ni adalah antara gambar aksi Bob yang sangat la comel ... :-)







See...? Seekor kucing dapat mengubah nasib homeless musician ni. Menarik kan? So, buat la baik kepada kucing or kepada makhluk Allah yang lain...insyaAllah ade rezeki anda nanti. Saye pon ade jugak kucing kat rumah, dalam 2-3 ekor jugak. Kami tak bela, cuma kadang-kadang mereka datang kami bagi la makan. Tapi kan, yang geram nyer, salah sekor kucing ni suke kencing merata-rata. Pastu tak bagi dah kucing sekor tu masuk rumah. Kucing jantan suke kencing untuk menandakan ini adalah tempat mereka. Yang ketara sangat, kereta baru je kami cuci wangi-wangi ni... confirm esok ade la bau-bauan kencing kucing. Hohoho..how could you.. Sabar je la... sob sob sob.

Ok, readers.. see u on next post. Take Care ok. 

Thank You For Support Me

Best Regards,
-Mr Liyana-