Hari ini saya nak share sedikit berkaitan tentang "postgraduate student" or bermaksud pelajar yang nak sambung master/Phd di peringkat universiti. Alhamdulillah dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan belajar lagi. Congrate!! Yes, of course ade banyak pengorbanan yang perlu dilalui. InsyaAllah semuanya berjalan lancar.
Firstly, what u ols need to know is peringkat master/phd merupakan level yang lebih tinggi dalam dunia pendidikan. Ambillah peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi..sebab apa??? Sbb sekarang banyak persaingan, student sekarang ramai yang pandai-pandai. However, bukan semua orang yang berani take risk untuk sambung belajar. Muda-muda ni la nak sambung, otak masih aktif bergeliga... dan yang penting mesti kuat fizikal dan mental.
So, untuk freshie-freshie sekalian, what we need to do when we want to further our study? Master ada dua pilihan- samaada korang nak ambik course mode, or research mode. It doent matter if you are master or phd, caranya same sahaja... kepada yang nak ambik course mode, tiada masalah untuk sambung. Cuma anda kena tahu biasiswa yang ditawarkan untuk course mode. Ok, right now saye akan beritahu step untuk research mode atau dalam bahasa melayu nya mode penyelidikan. Hofully this step can help you too :-)
1) Cari supervisor (sv) anda dahulu -WHY??
- Sebab sv adalah orang yang bertanggungjawab kepada anda. Dan pastikan sv anda bukan seorang yang racist dan check berapa student yang mereka dah lepaskan. Ini penting...sangat2 penting ok. Mengikut pengalaman saye, ada kes yang sv tak nak lepaskan student dia. Ade yang sebab racist? Ade yang sebab benggang dengan kite... well anda kene la jage relation yang baik dengan sv anda. Pendek kate, sv berhak untuk luluskan kite atau GAGAL kan kite. Jangan takut... tidak semua sv jahat macam tu. Tapi kita pon ade hak nak tukar sv... cuma ceritanya bertambah panjang la lagi... KENAPA?
Sebab andai kata korang dah sambung setahun dah... tibe-tibe ada masalah dengan sv or tidak minat pulak tajuk tuuu. Korang memang cari masalah..namenyer. Sebab ape? Yela... dah setahun baru sedar "arrghhh...xbest la tajuk ni"... " susah la experiment ni"... Kenapa tak pikir dulu sebelum terjerumus dengan masalah ini? Bagi saye, penting mencari sv yang serasi dengan kite. Kalau dah jadi cmni, korang ade 2 pilihan- 1) bersabar dan bersabar... 2) Memang dah nekad nak tukar sv dan tajuk..ape nak jadi-jadilah!. (Apa-apa pon tindakan anda, fikir semasak-masaknya). Bare in your mind, sv cuma guide kite sahaja.... tapi kite yang master atau lebih tahu dengan study case kite.

Abaikan muke model tersebut ..ngehehehe :-)
2) Baru consider tajuk
- Ade orang...tajuk itu penting dari sv. Ikut orang jgk... Tp bagi saye, kalau tajuk best...sv macam haram, buat sakit kepala dan mental buat ape. Atleast kite belajar 2 tahun pon dengan happy, right? Tajuk kite boleh proposed depands kepada sv area penyelidikan. If sv tu pakar dalam membrane, jangan la kite proposed tajuk pasal kinetik pulak. Faham?? Bagus kalau dah faham...
3) Buat proposal
-Bab ni ramai yang malas nak buat. Sama la dengan saye... Tapi korang kene la buat sebab susah nanti nak mintak biasiswa. Biasiswa? Ade biasisawa... jangan risau. :-)
Buat proposal cepat-cepat- senang dapat biasiswa cepat. :-)
4) Cari sponsorship
- Yang ni ramai yang tak tahu... KENAPA? Tahu tak kerajaan sekarang ade perutukan untuk sambung belajar? Haaa... ni yang best, belajar ade kerajaan sponser. Best tak?? Korang belajar free kot... takkan tak nak? PTPTN pon kne bayar tau..
Korang boleh check dalam website Mybain15... (taip dalam Google). Lepas tu, pilih la... samada master atau phd programme.
Ini laman web Mybrain15. https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15
Dalam tu penuh la misi dan visi mereka... nak melahirkan 60,000 graduasi yang memiliki master dan phd. Maka, sebelum habis tahun 2015 anda layak memohon. So, dalam ni required PROPOSAL, transkrip belajar, skrol time ambik degree tu, kad pengenalan korang dan parents. Memang agak melecehkan... sume bende melibatkan duit semua leceh, kan? Keep Calm ok... mohon dengan hati yang tenang ye, supaya korang takde salah key in data or tersalah hantar borang. Periksa 10 kali atau lebih...supaya korang tak kene reject untuk mohon kali kedua. For your information, agak lama jugak nak menunggu jawapan dari Mybrain15 ni. Dalam 3 bulan jugak la menunggu... sebab itu la, dari awal-awal lagi anda kene bersedia dengan kekuatan fizikal dan mental. Hati-hati juga... jika korang nak tukar sv, nak tukar tajuk... biasiswa korang pon akan ade masalah. So, think the best way for yourself. :-)
Selain itu, kite ade MARA yang boleh juga membantu. Tolong bace syarat-syarat biasiswa sebelum apply ok?
Bila dah habis belajar ni... rase lege sangat-sangat. Bak kata pepatah pujangga, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Manisnyer ketika kita dah grad, dan mencapai title Dokter Falsafah. Right now, itulah cita-cita saye sekarang.. insyaAllah.

Ok readers, sekalian entry saye pada kali ini. See U ols on next post. Take Care!!
Best Regards,
-Mrs Liyana-
Vampires in the Enchanted Castle casino - FilmFileEurope
ReplyDeleteVampires in the Enchanted Castle filmfileeurope.com Casino. Vampires in the Enchanted casinosites.one Castle Casino. Vampires in the Enchanted Castle Casino. Vampires communitykhabar in the Enchanted Castle https://octcasino.com/ Casino. Vampires www.jtmhub.com in the Enchanted